Monday 27 October 2014

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


PROTOKOL KOMPUTER


PROTOKOL 

  • Protokol ialah set peraturan untuk pertukaran data di antara terminal dan komputer atau di antara dua atau lebih komputer. Ia juga merupakan tatacara ataupun bahasa komunikasi yang digunakan bagi membolehkan satu – satu rangkaian itu berkomunikasi. Antara protokol yang sering digunakan ialah:

v  Transmission Control Protocol / Internet Protocol (TCP/IP)
v  Hypertext Transfer Protocol (HTTP)
v  Simple Mail Transfer Protocol (SMTP)
v  File Transfer Protocol (FTP)

Definisi protokol yang digunakan

Transmission Control Protocol / Internet Protocol (TCP/IP)
Ia merupakan salah satu jenis peraturan yang memungkinkan kumpulan komputer dapat berkomunikasi dan bertkar data di dalam sesuatu jaringan. Selain internet, TCP/IP juga dapat diterapkan pada jaringan LAN dan MAN.ia seolah – olah satu landasan yang menghubungkan satu rangkaian dengan rangkaian lain dengan mengenali sistem pernomboran yang dikenali sebagai alamat IP. Alamat – alamat IP ini ditentukan dan dipantau oleh satu badan bebas, IANA (Internet Assigned Numbers Authority). Daripada ketentuan ini, terdapat beberapa kelas IP telah dispesifikasikan kepada kelas – kelas IP dan antara yang digunakan ialah daripada kelas A, B, dan C

Hypertext Transfer Protocol (HTTP)
HTTP adalah sebuah protokol komunikasi yang direka untuk memindahkan maklumat antara komputer melalui World Wide Web manakala HTTPS adalah HTTP yang menggunakan Secure Socket Layer (SSL). SSl adalah protokol enkripsi yang dipanggil pada pelayan Web yang menggunakan HTTPS.

Simple Mail Tranfer Protocol (SMTP)
SMTP  digunakan untuk membolehkan pengguna menerima dan menghantar e-mail di antara komputer – komputer.

File Transfer Protocol (FTP)
Protokol ini digunakan untuk memindahkan fail dari satu komputer ke komputer lain melalui internet. FTP juga digunakan sebagai kata kerja dalam erti “untuk memindahkan fail”

PANGKALAN DATA

PANGKALAN DATA


APAKAH ITU INTERNET

APAKAH ITU INTERNET?

MARI KITA LIHAT...


perkakasan dan perisian

modul 2 : Perkakasan dan Perisian

perkakasan dan perisian